Susu VS Kucing VS sabar ^_^

Dicatat oleh Hadi Hamid | 2:22 PG | 0 ulasan »


Ketika sedang sibuk menadah air paip penuh kedalam baldi untuk dimasukkan kedalam mesin basuh, seperti biasa Boboy & sepet akan menyibukkan diri mereka untuk bermanja..,lalu telah hadir kelibat beberapa anak kucing lain yang hadir untuk bermanja juga, kelihatan mereka seakan-seakan lapar,.aku pening memikirkan nak bagi makan apa untuk mereka sedangkan stok makanan boboy & sepet sendiri sudah  kehabisan..yang ada cuma sebungkus susu tepung ku yang belum dibuka,,lalu ku capai sebilah pisau dan menebuk bungkusan sus tersebut dan bancuhkan ia dgn air paip..alahai..dah macam buat susu untuk anak-anak sendiri dah ni..=) selang beberapa minit susu itu pun habis,walaupun mereka seakan-akan lapar lagi daku hanya mampu melayan kerenah mereka dengan menggosokkan tangan diatas kepala mereka..walapun ada kerja lain yang aku perlu selesaikan tapi aku hentikan dulu untk melayan kerenah mereka dan berharap kelaparan mereka terhenti seketika..jangan usah jemu melayan kerenah binatang..andai dengan binantang pun kita sudah tidak mampu untuk bersabar,apatah lagi untuk membimbing isteri dan anak-anak pada satu masa nanti..semoga kita semua mampu meniru akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang cintakan semua makhluk di muka bumi ini ^_^ Amin Ya rabb..

-Sabar itu Indah..Biarkan Redha itu sentiasa bernafas ^_^

Imtihan VS Coklat =)

Dicatat oleh Hadi Hamid | 7:24 PG | 0 ulasan »


Petang di jordan yang mendamaikan..Ditemani helaian Nota Fiqh Maliah + lagu Maher Zain ~Number One For Me~ + teh lipton panas + Biskut Coklat Galaxy, bukan Samsung je ada galaxy ea??biskut pun ada laa..he..itulah perkara yang boleh menenang fikiran di minggu Exam yang padat dengan subjek-subjek yang berat,apepun diri ini hanya mampu tersenyum dan usaha sehabis baik demi mengejar impian yang diamanahkan oleh insan-insan yang tersayang.. :)

Apapun diri ini ingin mendoakan kepada teman,sahabat-sahabat,yang berada di Mesir & di Jordan yang sedang berimtihan atau yang bakal berimtihan dunia ,semoga kita semua najah kesemua madah yang kita pelajari demi mengejar Ijazah yang diimpikan semua..Amin ya Rabb..

Semoga ilmu yang dicurahkan oleh duktur @ pensyarah kita di Universiti mampu membimbing kita semua ke arah jalan yang Allah s.w.t redhai..Amin ya Rabb :)

Apa yang baik itu semuanya dari Allah,dan apa yang kurang itu datang dari diri saya sendiri..

Seamat berimtihan Semua =)

Biarkan Redha itu sentiasa bernafas  ^_^


Aku Bisa

Dicatat oleh Hadi Hamid | 7:09 PG | 0 ulasan »


Aku Bisa...

disebalik kesusahan yang datang
aku cuma tahu pada kuat dan kudrat yang ada
kurang pada sesuatu bukan sebab untuk aku lemah pada segala

aku tak harap pada belas orang
saat diri kurang sempurna
aku sedar pada tidak sempurna aku kini
sangat berbeza
tidak seperti dahulu lagi

bukan ku harap layanan indah untuk segala
sedang aku tahu pada lecehnya diri ini
bukan menunjuk pandai
mengarah segala.

kalau bisa aku atur sendiri
kira aku
kau usah pandang
apatah lagi menjeling
pada kerdilnya diri ini
aku bisa
ya
aku bisa

namun kadang aku terkalah pada batas-batas baru yang tercipta
cukup sekadar memahami
aku tak kuat
walau zahir selalu kau lihat
aku seolah mendabik dada
sedang kaki tak punya tulang
seperti duduk kemas bersimpul tegak
sedang ada tiang disebalik badan

aku kalah dalam diam
tapi aku degil depan semua
biar...
aku tak mahu susahkan sesiapa
aku bisa!!!
aku bisa!!!!
aku bisa!!!!!

biar tangis itu teman saat susah bersama
biar degil itu terus mendahului
kerna ku tak mahu kamu semua terbeban dek lemah aku
biar jerit hatiku meluah segala
kerna aku tahu kuat kita bukan pada manusia
tapi kerna aku masih punya DIA...

mohon ku dalam sujudku
moga aku kuat mendepani segala
aminnnn

By : detik lalu..