Susu VS Kucing VS sabar ^_^

Dicatat oleh Hadi Hamid | 2:22 PG | 0 ulasan »


Ketika sedang sibuk menadah air paip penuh kedalam baldi untuk dimasukkan kedalam mesin basuh, seperti biasa Boboy & sepet akan menyibukkan diri mereka untuk bermanja..,lalu telah hadir kelibat beberapa anak kucing lain yang hadir untuk bermanja juga, kelihatan mereka seakan-seakan lapar,.aku pening memikirkan nak bagi makan apa untuk mereka sedangkan stok makanan boboy & sepet sendiri sudah  kehabisan..yang ada cuma sebungkus susu tepung ku yang belum dibuka,,lalu ku capai sebilah pisau dan menebuk bungkusan sus tersebut dan bancuhkan ia dgn air paip..alahai..dah macam buat susu untuk anak-anak sendiri dah ni..=) selang beberapa minit susu itu pun habis,walaupun mereka seakan-akan lapar lagi daku hanya mampu melayan kerenah mereka dengan menggosokkan tangan diatas kepala mereka..walapun ada kerja lain yang aku perlu selesaikan tapi aku hentikan dulu untk melayan kerenah mereka dan berharap kelaparan mereka terhenti seketika..jangan usah jemu melayan kerenah binatang..andai dengan binantang pun kita sudah tidak mampu untuk bersabar,apatah lagi untuk membimbing isteri dan anak-anak pada satu masa nanti..semoga kita semua mampu meniru akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang cintakan semua makhluk di muka bumi ini ^_^ Amin Ya rabb..

-Sabar itu Indah..Biarkan Redha itu sentiasa bernafas ^_^

Imtihan VS Coklat =)

Dicatat oleh Hadi Hamid | 7:24 PG | 0 ulasan »


Petang di jordan yang mendamaikan..Ditemani helaian Nota Fiqh Maliah + lagu Maher Zain ~Number One For Me~ + teh lipton panas + Biskut Coklat Galaxy, bukan Samsung je ada galaxy ea??biskut pun ada laa..he..itulah perkara yang boleh menenang fikiran di minggu Exam yang padat dengan subjek-subjek yang berat,apepun diri ini hanya mampu tersenyum dan usaha sehabis baik demi mengejar impian yang diamanahkan oleh insan-insan yang tersayang.. :)

Apapun diri ini ingin mendoakan kepada teman,sahabat-sahabat,yang berada di Mesir & di Jordan yang sedang berimtihan atau yang bakal berimtihan dunia ,semoga kita semua najah kesemua madah yang kita pelajari demi mengejar Ijazah yang diimpikan semua..Amin ya Rabb..

Semoga ilmu yang dicurahkan oleh duktur @ pensyarah kita di Universiti mampu membimbing kita semua ke arah jalan yang Allah s.w.t redhai..Amin ya Rabb :)

Apa yang baik itu semuanya dari Allah,dan apa yang kurang itu datang dari diri saya sendiri..

Seamat berimtihan Semua =)

Biarkan Redha itu sentiasa bernafas  ^_^


Aku Bisa

Dicatat oleh Hadi Hamid | 7:09 PG | 0 ulasan »


Aku Bisa...

disebalik kesusahan yang datang
aku cuma tahu pada kuat dan kudrat yang ada
kurang pada sesuatu bukan sebab untuk aku lemah pada segala

aku tak harap pada belas orang
saat diri kurang sempurna
aku sedar pada tidak sempurna aku kini
sangat berbeza
tidak seperti dahulu lagi

bukan ku harap layanan indah untuk segala
sedang aku tahu pada lecehnya diri ini
bukan menunjuk pandai
mengarah segala.

kalau bisa aku atur sendiri
kira aku
kau usah pandang
apatah lagi menjeling
pada kerdilnya diri ini
aku bisa
ya
aku bisa

namun kadang aku terkalah pada batas-batas baru yang tercipta
cukup sekadar memahami
aku tak kuat
walau zahir selalu kau lihat
aku seolah mendabik dada
sedang kaki tak punya tulang
seperti duduk kemas bersimpul tegak
sedang ada tiang disebalik badan

aku kalah dalam diam
tapi aku degil depan semua
biar...
aku tak mahu susahkan sesiapa
aku bisa!!!
aku bisa!!!!
aku bisa!!!!!

biar tangis itu teman saat susah bersama
biar degil itu terus mendahului
kerna ku tak mahu kamu semua terbeban dek lemah aku
biar jerit hatiku meluah segala
kerna aku tahu kuat kita bukan pada manusia
tapi kerna aku masih punya DIA...

mohon ku dalam sujudku
moga aku kuat mendepani segala
aminnnn

By : detik lalu..

Hati kecil seorang Hamba bergelar MANUSIA...

Dicatat oleh Hadi Hamid | 4:56 PTG | 0 ulasan »



Aku Manusia..


Aku manusia...Jadi jangan pandang tinggi padaku...
Aku manusia...Jadi jangan lihat rendah akan aku....


Aku manusia...Jadi jangan tabur kata manis padaku...
Aku manusia...Jadi jangan kata aku tiada hati dan perasaan...


Aku manusia...Jadi tegur aku di saat aku terlebih dengan kamu...
Aku manusia...Jadi aku perlu bahu untuk menahan air mataku...


Aku manusia..Jadi aku perlu teman untuk kongsi suka & duka...
Aku manusia...aku tetap dan tidak akan pernah berpaling..


Aku manusia...berharap pada yang tidak mati...
Selama-lamanya Ya Allah..maafkan daku Ya Rabb...


Daku hanya insan yang tiada apa-apa Ya Rabb...
Insan Yang mengharapkan kekuatan darimu...


Izinkan ku pinjam kekuatan darimu...
kekuatan yang mampu menewaskan Syaitan & nasu amarahku...


Aku tidak segagah Nabi-Nabimu yang Engkau hadirkan pelbagai ujian..
Agar Iman mereka kian bertambah...


Aku bercita-cita seperti mereka...
Tetapi fitnah dunia merencatkan langkahku untuk menjadi seperti mereka...


Aku bersyukur..walaupun dihadirkan pelbagai ujian,..
Engkau tetap mengasihi hamba-hamba Mu...


Wahai Tuhan pemilik sekali alam...
Tunjukkanlah kami ke jalan yang Engkau Redhai...


Kau satukanlah hati-hati kami...
Diatas tali ikatan Aqidah islam yang syumul....
Demi menggapai Redhamu Ya Rabb..


Terima kasih wahai Tuhanku...
Dari hati berkata-kata..


Biarkan Redha Itu Sentiasa Bernafas...




~By ,Detik lalu...









Assalamualaikum w.b.t...Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...Maha Suci Allah,Segala Pujian bagi Allah ,dan Segala kebesaran Alam ini hak milik Allah s.w.t...Alhamdulillah ruangan ini kembali bernafas sudah sekian lama ia tidak bernafas dek beberapa ujian yang hadir dan tidak mampu untuk berkata-kata..hanya diam sebagai teman bicara,agar Allah s.w.t sahaja yang memahami dialog hati antara hamba dan pencipta hati..

Masa berlalu tanpa kita sedari ,akhirnya kenangan 2011 meninggalkan kita..semakin hari,dosa kita dengan maha pencipta kian bertambah..sama ada dosa kecil ataupun dosa besar..tetapi kita sebagai hamba tidak pernah peduli dengan dosa yang kita lakukan..bahkan merasa seronok kerana dapat melakukan dosa..Astaghfirullah..hanya istighfar sebaik-baik jalan untuk memohon keampunan..Apabila Allah hadirkan ujian besar ataupun kecil baru kita terkial-kial mencari keampunan Allah...itulah ragam kehidupan manusia..tiada insan yang sempurna melainkan kekasih Allah s.w.t ,Nabi Muhammad s.a.w yang memiliki Akhlak baik & sifat-sifat yang sempurna...Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa alihi muhammad..

Wahai teman,dan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t..Ujian yang hadir mampu mematangkan diri kita demi menggapai redha ilahi..Janganlah cepat mengeluh dan cepat merungut kerana setiap titik kesabaran yang kita semaikan dalam ujian yang hadir itu InsyaAllah , Allah s.w.t akan menggantikannya dengan kemanisan kehidupan, sekiranya kita ikhlas,redha dan sabar dengan ujian yang hadir itu..InsyaAllah..Dan yang paling penting janganlah kita cepat berputus asa dengan RahmatNYA, kerana Rahmatnya terlalu luas buat hamba-hambanya,.hanya kita yang tidak perasan terhadap Rahmat yang telah dia berikan kepada kita..Hanya Hati dan Iman yang mampu mencari Rahmat tersebut..InsyaAllah, Allah s.w.t perkenankan jika kita sentiasa sujud dan bersyukur dengan Rahmat ujian yang hadir..

Firman Allah s.w.t : Wahai anak-anakku ! pergilah kamu ,carilah berita tentang Yusuf & saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah..Sesungguhnya yang berputus dari Rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir... (Surah ,Yusuf, Ayat 87)

Subhanallah..Indahnya kalam Allah itu,..betapa sayangnya dia pada hambanya...hanya kita yang tidak mengerti setiap Rahmat yang dia limpahkan kepada hambanya...hanya sabar sebagai pengubat jiwa..yakinlah,setiap ujian yang hadir itu sedikit sebanyak telah mengajar kita erti kesabaran..semakin banyak kita mampu bersabar maka semakin dekat kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t dengan kita..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama insan-insan yang bersabar.. Jadikanlah titik kesabaran itu sebagai Motivasi dalam diri kita demi menggapai Redha Ilahi...InsyaAllah..

Ketahuilah wahai teman dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Rahmat ujian yang hadir juga mampu mendidik akhlak kita dari keadaaan yang tidak sempurna ke arah yang lebih sempurna, sekiranya niat kita ikhlas demi mengejar redhaNya..Jangan terlalu cepat menghukum diri sekiranya sesuatu ujian itu hadir..berfikirlah sejenak,lihatlah ke langit..hanya diatas sana sahaja yang mampu memberi segala jawapan demi menyelesaikan segala ujian dan memberi ketabahan hati demi menempuh segala ujian yang telah Allah berikan kepada hamba-hambanya..Janganlah rasa berduka diatas ujian yang hadir..Allah sengaja hadirkan ujian itu kerana dia tahu,ujian yang dia hadirkan keatas hambanya itu mampu merapatkan diri hamba dan diriNYA..Hayatilah kalam indah Imam Besar As-Shafie ini ,agar dirimu sentiasa tabah dengan ujian yang hadir :-

Tinggalkan rasa duka semampumu..kerana memikul beban duka itu boleh membuatmu gila..
Kelmarin Allah s.w.t telah menolongmu,percayalah esok pun Dia masih tetap akan menolongmu...

Subhanallah..indah sungguh kalam seorang Ulama dan Imam besar ini, Jadi tidak hairanlah mengapa Allah mengitiraf ulama sebagai pewaris Nabi s.a.w..jadikan kata-kata hikmah ini sebagai dinding atau tembok penghalang senjata-senjata syaitan yang mampu menghasut ke lembah kehinaan..Nauzubillah min Zalik..Wahai teman,sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, banyakkanlah bersujud ketika sesuatu ujian itu hadir,yakinlah semakin kerap kita bersujud maka semakin dekatlah Allah dengan kita..Banyakkanlah berzikir tentang kebesaran Alam ciptaannya..Buat teman dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan lautan yang membiru,.manfaatkanlah nikmat lautan yang Allah berikan kepadamu dengan zikir-zikir yang indah kepadanya,agar dirinya bertambah sayang kepadamu..

Alihkanlah matamu ke laut..Airnya canitk membiru dan penuh dengan ketenangan..tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia didalamnya..Begitulah kehidupan manusia,riang bergelak ketawa tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupannya..Jika rasa kecewa,pandanglah ke sungai..Airnya tetap mengalir biarpun sejuta batu menghalangnya..Jika rasa sedih pandanglah ke langit..dirimu akan sedar bahawa Allah s.w.t sentiasa bersamamu..jika kita tabah,sabar,dan redha dengan segala ujian yang hadir..maka itulah kemanisan ujian..

Akhir kalam,sebelum ana mengundur diri ana ingin memohon beribu kemaafan kepada teman dan sahabat-sahabat sekiranya ada tersalah bicara dengan kalam diatas..hayatilah kata-kata ini agar dirimu sentiasa tabah dengan ujian yang mendatang ;

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu , yang membuatkan keinginanmu terhalang dan menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Dia sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..Bukan Dia tidak tahu deritanya hidupmu..Retaknya hatimu ,tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..

Jadi marilah kita bersama-sama berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan hati dalam menghadapi cabaran dan dugaan dariNYA ,Semoga dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat..dimurahkan segala rezeki..dikurniakan kesihatan yang baik..dilembutkan hati..dijauhkan dari perasaan hasad dengki dan tamak haloba..Moga doa kita dimakbulkan..InsyaAllah,Aminn Ya Rabb..Apa yang baik itu segalanya dari Allah s.w.t dan apa yang buruk itu datang dari diri ana sendiri...Hanya taqwa sebaik-baik kesempurnaan..Jagalah apa yang kita miliki..dan tambahlah apa yang kurang,InsyaAllah keberkatan dan keredhaan kehidupan mengiringi buat hamba-hambanya yang sentiasa merindui RedhaNya..Aminnn..



~Biarkan Redha itu Sentiasa Bernafas...
~Nukilan dari Hati yang berkata-kata...
~Jadikan ujian pada detik lalu sebagai penambah iman..