KHAS BUAT UST FIKRI & USTAZAH SITI MUNIRAH ROSLAN

Dicatat oleh Hadi Hamid | 12:36 PTG | 0 ulasan »



















Khas buat sahabat seperjuanganku...Mohd Fikri Muhammad & Siti Munirah Roslan..
Semoga kalian sentiasa dalam redha allah s.w.a..insyaallah biiznillah..aminn..
Ana doakan semoga kalian mendapat zuriat yang soleh & solehah seperti kalian berdua..amin..
Ana doakan semoga kalian berbahagia hingga ke syurga..AMINNN..

TAHNIAH WAHAI SAHABAT SEPERJUANGANKU..
SEMOGA PERNIKAHAN KALIAN DIBERKATI,DIRAHMATI, & DIREDHAI ALLAH S.W.A..

AMINNN....

selamat pengantin baru wahai sahabatku..

Dicatat oleh Hadi Hamid | 11:37 PG | 0 ulasan »

Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.

Berjanji setia menempuh bersama,
Susah dan senang ditempuhi jua,
Suami membimbing isteri dia membantu,
Barulah hidup kan kekal bahagia.

Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.

Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa ,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.

Tuhanku berikan bahagia padanya sehingga ke akhirnya...

Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.

Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.

Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.

Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama,
Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama.

Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi,
Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi..

Bila dua hati terjalin bersama,
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan,
Moga kekal bahgia bersama selamanya,
Anak yang soleh itulah harapan...

BY: de'hearty...

ku tujukan lagu ini khas buatmu serta permaisuri hidupmu..
semoga dirimu berbahagia bersamanya hingga ke syurga..
insyaallah biiznillah..aminn..














&









Selamat hari aidilfitri maaf zahir & batin teman-teman sekalian..alhamdulillah segala puji bagi allah s.w.a yang mentadbir sekalian alam,sekali lagi ana dapat berkongsi idea dengan teman-teman tersayang diruang blog ana yang tak serba indah ini..maaf ye teman-teman sekalian..macam mana raya korang semua??mesti seronokkan??yang dapat beraya bersama dengan keluarga di malaysia lagi la seronok..boleh jumpa saudara mara,sahabat main guli,sahabat panjat pokok sekali,sahabat ponteng kelas sekali,sahabat main mercun sekali,sahabat pergi ke cyber cafe sekali..hehe..itu semuanya kenangan bagi yang pernah lalui kenangan tersebut..hehe..tak kisahlah,yang penting ukhuwah sesama kita semakin hari semakin mantap dan islam dapat disebarkan disetiap tempat..tak kisahlah dimana-mana pun,hatta di cyber cafe sekalipun..hehe..

Bagi ana dan teman-teman seperjuangan yang beraya diperantauan ini,sahabat-sahabat yang terdekatlah tempat kami luahkan segala masalah..sehari sebelum raya,kami diperantauan ini terlalu sibuk dengan bermacam-macam aktiviti yang kami buat..ada yang telefon keluarga tersayang(masa tu ada lah yang kunci pintu bilik coz nak menangis & melalak sorang2..hehe),ada yang sibuk memasak untuk buat open house,..hehe..walaupun tak dapat beraya bersama keluarga tersayang di malaysia,dengan adanya open house yang dibuat oleh sahabat-sahabat seperjuangan disini sudah cukup bagi kami menghilangkan segala kesedihan yang terbuku dihati..rasa macam raya di malaysia je..hehe..terima kasih banyak2 sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..tiap-tiap hari ada je jemputan open house dari sahabatku yang sudah buat open house=) semoga jasa baik kalian allah s.w.a je yang dapat membalasnya..insyaallah biiznillah amin..

Amboi,sibuknye duk bincang pasal raya ni kan..hehe..sampai bila pun tak abiskan..hehe..macam-macam cerita ada..dengan cerita open house nyer,ketupatnyer,rendangnyer,lemangnyer,hehe...
tak kisahla apa-apa pun yang penting kita semua gembira coz dapat rayakan kemenangan kita semua masa bulan ramadhan baru ni..semoga hari lebaran kita semua diredhai,dirahmati,dan
diberkati oleh allah s.w.a..insyaallah..aminn..

Ya allah..cepatnya masa berlalu,dalam diam-diam da nak masuk seminggu kita berada dalam bulan syawal ni..sahabat-sahabat dan teman-teman sekalian da lupa ke dengan hadis nabi s.a.w yang berbunyi..`BARANGSIAPA BERPUASA RAMADHAN KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL,MAKA ORANG ITU SEOLAH-OLAH BERPUASA SETAHUN PENUH'..kalau ada sahabat-sahabat yang amik usulluddin atau ada sahabat-sahabat yang lebih makruf dengan hadis ini,jikalau hadis yang ana berikan ini ada sedikit kecacatan..ana harap,tegurlah ana didalam BICARA KATA yang telah disediakan kat sebelah tu=) ..ana akui,ilmu ana tak setinggi ilmu sahabat-sahabat sekalian,ilmu ana cetek je lagi..banyak lagi yang perlu diterokai kat atas dunia yang serba indah ini..marilah kita sama-sama berkongsi ilmu,berkongsi idea,agar islam dapat diperjuangkan diseluruh pelusuk dunia..insyaallah amin..(ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERKUASA!!=)..

Oh yer,kembali semula ke topik yang ana bangkitkan tadi,tentang puasa enam..sebagaimana yang kita ketahui,semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu..sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam dibulan syawal..selain mendapat pahala puasa setahun,kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa kita pada bulan ramadhan yang lepas..insyaallah biiznillah...

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan ramadhan kerana kedatangan haidh,puasa sunat enam hari dalam bulan syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' disamping mendapatkan pahala berpuasa sunat..kebiasaan menta'khirkan qadha' sehingga hampir ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan..amalan wajib jika ditinggalkan,mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap allah s.w.a..apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib??tidak lain menunjukkan seolah-olah,kita keberatan untuk menunaikan kewajipan
yang telah kita tinggalkan..Bukankah allah s.w.a tahu apa yang tersirat dihati kita??tepuk dada tanyalah iman kita..

Alhamdulillah,segala pujian bagi allah s.w.a yang masih menghidupkan kita..yang masih memberi nikmat iman dan islam kepada kita,nikmat sihat,nikmat kebahagian dan nikmat kegembiraan kita..dan segala nikmat yang telah diberikan olehnya kepada kita diatas muka buminya yang penuh keindahan ini,marilah kita sama-sama mengerjakan amalan puasa sunat enam hari dibulan syawal yang penuh mulia ini,.ia boleh dilakukan mulai 2 syawal hingga 7 syawal secara berterusan atau mana-mana enam hari dalam bulan tersebut..insyaallah biiznillah..amin..

Sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi sekalian,natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan allah s.w.a..tanda kasih akan allah ialah berkhidmat kepadanya..sesiapa mencintai allah s.w.a dia akan berbahagia di alam akhirat,sebaliknya siapa yang mencintai dunia dan isinya,.ketahuilah sahabat-sahabat dan teman-temanku sekalian,dunia akan meninggalkan kita semua..kelazatan dunia yang dikecapi walaupun banyak kenikmatannya,ketahuilah ia tidak akan kekal sahabat-sahabat dan teman-temanku sekalian..ia akan berakhir sebaik saja kita menemui ajal....sebaliknya kelazatan akhiratlah kekal abadi tanpa batasan waktu..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..

Diantara tanda kita mengasihi akan allah ialah mulut akan sentiasa berzikir mengingati allah s.w.a..hati tidak lalai mengingati sesuatu selain daripada allah s.w.a..setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dahulu,adakah ia untuk nafsu atau untuk allah s.w.a..fikir-fikirkanlah..tepuk dada,tanyalah iman kita..selain itu,untuk terus mengingati allah s.w.a,sentiasalah kita mendampingi orang alim ulama kerana mereka ialah pewaris nabi..sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi, Adakah kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti??tepuk dada tanyalah iman kita..jika hati menyintai allah s.w.a,nabi,dan para ulama,insyaallah biiznillah kita bersama mereka diakhirat kelak..insyaallah biiznillah..amin..bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan para penyanyi??nauzubillah...

Sebelum ana mengundurkan diri wahai sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi,marilah kita sama-sama berdoa supaya kita semua dapat bertemu dengan ramadhan tahun depan dan seterusnya..insyaallah biiznillah amin..

`YA ALLAH,MASUKKANLAH KAMI KEDALAM GOLONGAN ORANG YANG MERINDUI RAMADHAN..KERANA KAMI SEDAR DI SYURGA TERDAPAT SEBUAH PINTU YANG BERNAMA AR-RAYYAN YANG TIDAK BOLEH DIMASUKI OLEH SESIAPA KECUALI BAGI ORANG YANG BERPUASA SAJA..KAMI JUGA SEDAR YA ALLAH,BAHAWA PUASA JUGA MERUPAKAN BENTENG TERKUAT DARI AZAB NERAKA..OLEH ITU JADIKANLAH KAMI,ORANG YANG RAJIN MENGERJAKAN PUASA WAJIB DAN SUNATNYA..KAU PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA YANG TIDAK MAMPU BAGI KAMI UNTUK MENANGGUNGNYA,,...AMINN...

Baiklah sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi sekalian,terima kasih kerana sudi meluangkan bersama coretan ana yang tak seberapa ini..moga kita semua dalam redhanya,insyaallah biiznillah,..amin..apa yang baik itu segalanya daripada allah,dan yang tak baik itu daripada diri ana sendiri..jazakallahu khairan jaza`..

ana sayang kalian semua..=)

Ku merindui cahaya taqwa yang terpuji..harum,amanah,naif,ikhlas,suci,alim,harum..seindah taman firdausi...subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar...















salam perantauan09 dari bumi syam..

Dicatat oleh Hadi Hamid | 5:18 PTG | 0 ulasan »

pergilah gelita..hadirlah cahaya..ramadhan berlalu pergi dengan seribu kesedihan yang melanda dihati kecil ini..mengharapkan seribu keampunan darinya..mohon diampunkan segala dosa dan noda yang telah lalu..dan mengharapkan kerahmatan dan keredhaan darinya..moga kita semua sentiasa berada didalam kerahmatan dan keredhaan darinya..allahumma innaka afuwwun karim tuhibbul afwafa` fuanna bi rahmatika ya arhamarrahimin..aminn..semoga ramadhan kita pada kali tahun ini lebih baik pada ramadhan tahun lepas..aminn..

1 syawal bakal menjelma..takbir raya bakal berkumandang diseluruh dunia..menandakan kemenangan kita sebagai umat islam yang berjaya melawan segala hawa nafsu pada bulan ramadhan yang penuh mulia..hiasilah hari raya kita dengan perkara yang diredhai oleh allah s.w.a..hidupkanlah maaf bermaafan diantara sesama kita..rapatkanlah ukhuwah yang telah rapuh..dan buangkanlah yang keruh diantara sesama kita..dan ambillah perkara yang jernih,untuk memantapkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturrahim antara kita semua,demi islam dan ummah sejagat..agar hari raya kita memberikan seribu makna buat kita semua dan diberkati,dirahmati,dan diredhai allah s.w.a ..insyaallah biiznillah amin...

sebelum mengundurkan diri,saya(pemilik blog) abdul hadi bin abdul hamid serta sahabat-sahabat tercinta dari Al al-Bayt University,Mafraq Jordan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN buat seluruh rakyat malaysia..khususnya,mak abah saya serta adik beradik saya yang berada di KUALA LUMPUR,saudara mara di KELANTAN dan PERLIS..tak lupa juga buat family ENCIK AHMAD yang berada di KUALA LUMPUR,family kak dah dan famly mak cik asmah di KELANTAN,warga pendidik di MTDQ REPEK PASIR MAS(2001-05),ustaz dan ustazah di MADA,PULAU MELAKA(2001-2007)..buat sahabat seperjuangan yang berada di mafraq,mu`tah,irbid & amman,mesir,sahabat-sahabat yang berada di malaysia,serta buat insan yang mengenali diriku..KULLU AMM WA ANTUM BIKHAIR..0-0 eh=)..

akhir kalam,semoga kalian semua sentiasa dirahmati oleh allah s.w.a,dan sentiasa berada dalam keredhaannya..aminn..insyaallah...semoga kita semua dapat menyambut hari raya pada tahun in bersama insan-insan tersayang dengan penuh ketenangan,kemesraan,dan kegembiraan..amin..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN dan SALAM PERANTAU DARI BUMI SYAM,MAFRAQ,JORDAN..=)

sayang kalian semua!!!



akhir2 ramadhan..

Dicatat oleh Hadi Hamid | 4:53 PTG | 0 ulasan »

masa berlalu dengan begitu pantas..tanpa kita sedari..bulan yang kita sayangi,bulan yang kita rindui,bulan yang begitu bermakna bagi nabi kita(muhammad s.a.w),para sahabat,para solihin,& seluruh muslimin muslimat diatas muka bumi allah ini akan meninggalkan kita semua dlm masa beberapa hari lagi..adakah ini ramdhan yang terakhir bagi kita??adakah ini ramahan yang bermakna bagi kita berbanding dgn ramadhan kita yang lepas??tepuk dada tanya iman..adakah kita berjaya melawan nafsu ammarah kita dibulan yang penuh kerahmatan & keberkatan ini??tepuk dada tanya lah iman kita..sejauh mana kita mampu melaluinya..di akhir2 ramadhan ini,alhamdulillah segala pujian kepada allah subhanahuwataala,kerana telah memberi kesempatan kepada ana untuk meluahkan segala yang tersirat diakhir2 ramadhan ini untuk berkongsi dengan kalian semua..sempena akhir2 ramadhan ini..marilah kita sama2 tingkatkan ketaqwaan & keimanan kita kepada allah subhanahuwataala..marilah kita sama2 meneroka & menyelami apa yang tersirat diakhir2 ramadhan ini..marilah kita sama2 mencari kerahmatan & keampunan darinya..semoa kita semua dipertemukan dengan lylatul qadar..dan diampunkan dosa2 yang lepas..insyaallah bizznillah..amin..allahumma innaka afuwwun karim tuhibbul afwa fa`fu anna..birahmatikaya arhamarrahimin..amin..akhir kalam,semoga kita semua dalam redha allah selalu..insyaallah..amin..

mukaddimah..

Dicatat oleh Hadi Hamid | 5:18 PTG | | 1 ulasan »


assalamualaikum buat mak & abah,adik beradikku yang tersayang,serta sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi sekalian..selamat datang dan selamat ziarah ke dalam ruang jejak anbiya09 yang masih muda umurnya yang baru menjangkau beberapa bulan sahaja,bukan seperti jejak rasul yang sudah menjangkau belasan tahun..hehe..tujuan ana reka blog ni bukan lah nak meniru jejak rasul..jgn salah faham ye sahabat2 sekalian..hehe..ana saja2 je nak cuba sesuatu yang baru..lagipun sebagai pengemis ilmu dibumi anbiya ini,telah terbuka pintu hati ana untuk mencari sejarah2 & kisah2 anbiya` yang terdapat di tanah syam ini..dan ana ingin berkongsi dgn sahabat2 sekalian..ana mengharap sokongan dari kalian semua untuk terus memajukan blog ana ini demi kepentingan ummah,generasi akan dtg & islam tercinta.. klu ana ada salah & silap tolonglah tegur dg cara yang berhemah & berilah tunjuk ajar yang baik kpd ana..blog ni masih dlm pembikinan..hehe..insyaallah akan berubah dlm masa terdekat..jazakallahu khairan jaza..wa kullu amm wa antum bikhair..semoga kalian semua sentiasa didalam redha allah..& ditempatkan bersama para anbiya & org2 yang ssaleh diakhirat nanti..insyaallah..sama2lah kita doakan..aminn..salam ukhuwah dariku khas untuk kalian semua...