&









Selamat hari aidilfitri maaf zahir & batin teman-teman sekalian..alhamdulillah segala puji bagi allah s.w.a yang mentadbir sekalian alam,sekali lagi ana dapat berkongsi idea dengan teman-teman tersayang diruang blog ana yang tak serba indah ini..maaf ye teman-teman sekalian..macam mana raya korang semua??mesti seronokkan??yang dapat beraya bersama dengan keluarga di malaysia lagi la seronok..boleh jumpa saudara mara,sahabat main guli,sahabat panjat pokok sekali,sahabat ponteng kelas sekali,sahabat main mercun sekali,sahabat pergi ke cyber cafe sekali..hehe..itu semuanya kenangan bagi yang pernah lalui kenangan tersebut..hehe..tak kisahlah,yang penting ukhuwah sesama kita semakin hari semakin mantap dan islam dapat disebarkan disetiap tempat..tak kisahlah dimana-mana pun,hatta di cyber cafe sekalipun..hehe..

Bagi ana dan teman-teman seperjuangan yang beraya diperantauan ini,sahabat-sahabat yang terdekatlah tempat kami luahkan segala masalah..sehari sebelum raya,kami diperantauan ini terlalu sibuk dengan bermacam-macam aktiviti yang kami buat..ada yang telefon keluarga tersayang(masa tu ada lah yang kunci pintu bilik coz nak menangis & melalak sorang2..hehe),ada yang sibuk memasak untuk buat open house,..hehe..walaupun tak dapat beraya bersama keluarga tersayang di malaysia,dengan adanya open house yang dibuat oleh sahabat-sahabat seperjuangan disini sudah cukup bagi kami menghilangkan segala kesedihan yang terbuku dihati..rasa macam raya di malaysia je..hehe..terima kasih banyak2 sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..tiap-tiap hari ada je jemputan open house dari sahabatku yang sudah buat open house=) semoga jasa baik kalian allah s.w.a je yang dapat membalasnya..insyaallah biiznillah amin..

Amboi,sibuknye duk bincang pasal raya ni kan..hehe..sampai bila pun tak abiskan..hehe..macam-macam cerita ada..dengan cerita open house nyer,ketupatnyer,rendangnyer,lemangnyer,hehe...
tak kisahla apa-apa pun yang penting kita semua gembira coz dapat rayakan kemenangan kita semua masa bulan ramadhan baru ni..semoga hari lebaran kita semua diredhai,dirahmati,dan
diberkati oleh allah s.w.a..insyaallah..aminn..

Ya allah..cepatnya masa berlalu,dalam diam-diam da nak masuk seminggu kita berada dalam bulan syawal ni..sahabat-sahabat dan teman-teman sekalian da lupa ke dengan hadis nabi s.a.w yang berbunyi..`BARANGSIAPA BERPUASA RAMADHAN KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL,MAKA ORANG ITU SEOLAH-OLAH BERPUASA SETAHUN PENUH'..kalau ada sahabat-sahabat yang amik usulluddin atau ada sahabat-sahabat yang lebih makruf dengan hadis ini,jikalau hadis yang ana berikan ini ada sedikit kecacatan..ana harap,tegurlah ana didalam BICARA KATA yang telah disediakan kat sebelah tu=) ..ana akui,ilmu ana tak setinggi ilmu sahabat-sahabat sekalian,ilmu ana cetek je lagi..banyak lagi yang perlu diterokai kat atas dunia yang serba indah ini..marilah kita sama-sama berkongsi ilmu,berkongsi idea,agar islam dapat diperjuangkan diseluruh pelusuk dunia..insyaallah amin..(ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERKUASA!!=)..

Oh yer,kembali semula ke topik yang ana bangkitkan tadi,tentang puasa enam..sebagaimana yang kita ketahui,semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu..sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam dibulan syawal..selain mendapat pahala puasa setahun,kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa kita pada bulan ramadhan yang lepas..insyaallah biiznillah...

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan ramadhan kerana kedatangan haidh,puasa sunat enam hari dalam bulan syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' disamping mendapatkan pahala berpuasa sunat..kebiasaan menta'khirkan qadha' sehingga hampir ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan..amalan wajib jika ditinggalkan,mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap allah s.w.a..apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib??tidak lain menunjukkan seolah-olah,kita keberatan untuk menunaikan kewajipan
yang telah kita tinggalkan..Bukankah allah s.w.a tahu apa yang tersirat dihati kita??tepuk dada tanyalah iman kita..

Alhamdulillah,segala pujian bagi allah s.w.a yang masih menghidupkan kita..yang masih memberi nikmat iman dan islam kepada kita,nikmat sihat,nikmat kebahagian dan nikmat kegembiraan kita..dan segala nikmat yang telah diberikan olehnya kepada kita diatas muka buminya yang penuh keindahan ini,marilah kita sama-sama mengerjakan amalan puasa sunat enam hari dibulan syawal yang penuh mulia ini,.ia boleh dilakukan mulai 2 syawal hingga 7 syawal secara berterusan atau mana-mana enam hari dalam bulan tersebut..insyaallah biiznillah..amin..

Sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi sekalian,natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan allah s.w.a..tanda kasih akan allah ialah berkhidmat kepadanya..sesiapa mencintai allah s.w.a dia akan berbahagia di alam akhirat,sebaliknya siapa yang mencintai dunia dan isinya,.ketahuilah sahabat-sahabat dan teman-temanku sekalian,dunia akan meninggalkan kita semua..kelazatan dunia yang dikecapi walaupun banyak kenikmatannya,ketahuilah ia tidak akan kekal sahabat-sahabat dan teman-temanku sekalian..ia akan berakhir sebaik saja kita menemui ajal....sebaliknya kelazatan akhiratlah kekal abadi tanpa batasan waktu..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..

Diantara tanda kita mengasihi akan allah ialah mulut akan sentiasa berzikir mengingati allah s.w.a..hati tidak lalai mengingati sesuatu selain daripada allah s.w.a..setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dahulu,adakah ia untuk nafsu atau untuk allah s.w.a..fikir-fikirkanlah..tepuk dada,tanyalah iman kita..selain itu,untuk terus mengingati allah s.w.a,sentiasalah kita mendampingi orang alim ulama kerana mereka ialah pewaris nabi..sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi, Adakah kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti??tepuk dada tanyalah iman kita..jika hati menyintai allah s.w.a,nabi,dan para ulama,insyaallah biiznillah kita bersama mereka diakhirat kelak..insyaallah biiznillah..amin..bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan para penyanyi??nauzubillah...

Sebelum ana mengundurkan diri wahai sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi,marilah kita sama-sama berdoa supaya kita semua dapat bertemu dengan ramadhan tahun depan dan seterusnya..insyaallah biiznillah amin..

`YA ALLAH,MASUKKANLAH KAMI KEDALAM GOLONGAN ORANG YANG MERINDUI RAMADHAN..KERANA KAMI SEDAR DI SYURGA TERDAPAT SEBUAH PINTU YANG BERNAMA AR-RAYYAN YANG TIDAK BOLEH DIMASUKI OLEH SESIAPA KECUALI BAGI ORANG YANG BERPUASA SAJA..KAMI JUGA SEDAR YA ALLAH,BAHAWA PUASA JUGA MERUPAKAN BENTENG TERKUAT DARI AZAB NERAKA..OLEH ITU JADIKANLAH KAMI,ORANG YANG RAJIN MENGERJAKAN PUASA WAJIB DAN SUNATNYA..KAU PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA YANG TIDAK MAMPU BAGI KAMI UNTUK MENANGGUNGNYA,,...AMINN...

Baiklah sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi sekalian,terima kasih kerana sudi meluangkan bersama coretan ana yang tak seberapa ini..moga kita semua dalam redhanya,insyaallah biiznillah,..amin..apa yang baik itu segalanya daripada allah,dan yang tak baik itu daripada diri ana sendiri..jazakallahu khairan jaza`..

ana sayang kalian semua..=)

Ku merindui cahaya taqwa yang terpuji..harum,amanah,naif,ikhlas,suci,alim,harum..seindah taman firdausi...subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar...















0 ulasan

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.