dunia diambang qiamat...

Dicatat oleh Hadi Hamid | 7:29 PTG | 2 ulasan »


Subhanallah..Alhamdlillah..Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...

wahai insan,ingatlah kamu..hidup di dunia ini tiada yang kekal abadi..sebelum terlambat,sedarkanlah dirimu dengan amalan-amalan yang diredhai oleh allah s.w.t..agar dipenghujung hayat kita terselit kebahagiaan yang kekal abadi..insyaallah...

assalamualaikum buat sahabat-sahabat,teman-teman dan penziarah jejak anbiya yang dikasihi dan sentiasa didalam redha allah s.w.t...insyaallah...aminn..

pada tanggal 26/12/2004,seluruh dunia dikejutkan dengan berita bencana tsunami yang amat dahsyat yang berlaku dibeberapa buah negara termasuk malaysia..semua sedia maklum,bencana tsunami yang paling teruk berlaku pada tanggal 26/12/2004 ialah di acheh indonesia..lebih 100,000 yang kehilangan nyawa..ada mayat yang tidak ditemui sehingga kehari ini..ada yang kehilangan ibu,ayah,adik2,kakak2,abang2,dan saudara mara..ya allah...terlalu hebat kuasamu ya rabb..

hmm..keinsafan hanya seketika sahaja...manusia diatas muka bumi allah s.w.t
pada hari ini semakin lupa,lalai,..kita hanya ingat padanya ketika ditimpa musibah sahaja..sedarlah wahai insan yang sekalian..dunia diambang qiamat...apa yang diceritakan didalam al-quran dan hadis semuanya bakal berlaku..matahari terbit dari barat terbenam ditimur...dajjal akan muncul..imam mahadi dan nabi isa akan turun kebumi...semuanya bakal berlaku...bumi semakin tua..bumi diambang kehancuran...sedarlah wahai umat sekalian...

ketika kita semua terlalu ghairah bersuka ria...terlalu ghairah ketawa..sibuk melayani karenah keluarga...sedarlah,semua itu merupakan nikmat yang diberikan oleh allah s.w.t kepada hamba-hambanya hanya seketika sahaja...yang penting,kita semuanya haruslah bersyukur dengan nikmat yang diberikan daripadanya kepada kita semua..ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara..sihat sebelum sakit..muda sebelum tua...kaya sebelum miskin..lapang sebelum sempit...fikir-fikirkanlah..tepuk dada,tanyalah iman kita...

sahabat-sahabat,teman-teman,dan penziarah-penziarah jejak anbiya yang dirahmati allah s.w.t...sudah banyak peristiwa-peristiwa pelik dan petanda-petanda qiamat kecil yang telah berlaku diatas muka bumi ini,seperti bencana gempa bumi yang dahsyat,bencana tsunami 26/12/2004..dan peristiwa yang terbaru telah berlaku pada tahun baru ini seperti gerhana matahari..kemudian,tragedi yang menghayat hati telah berlaku pada 14/1/2010 iaitu tragedi gempa bumi di PORT AU PRINCE,HAITI dimana telah meragut nyawa manusia lebih 100,000 orang...ya allah...allahuakbar...yang amat menyedihkan hati ana,dikala musibah sebegini telah berlaku,terdapat juga segelintir insan berhati jahat yang masih sempat mengambil kesempatan untuk mencuri barang-barang di kedai-kedai yang telah musnah..kes sebegini juga telah terjadi semasa bencana tsunami di ACHEH pada tanggal 26/12/2004 tahun lalu..segelintir manusia masih tidak sedar bencana atau bala yang telah menimpa keatas diri mereka..mereka tidak fikir soal dosa dan pahala...astaghfirullahal azim...

wahai sahabat-sahabat,teman-teman,dan penziarah-penziarah jejak anbiya yang dirahmati allah s.w.t sekalian..sebelum ana ingin menutup kalam ana,ana ingin mengajak sahabat-sahabat,teman-teman,dan penziarah-penziarah jejak anbiya,untuk kita muhasabah diri kita...marilah kita sama-sama sucikan hati kita dengan kalimah zikrullah dan zikrulamaut..agar hati kita sentiasa ingat dan cinta kepadanya dikala waktu pagi, petang, dan malam..akhir kalam,apa yang baik itu semuanya daripada allah s.w.t dan yang tidak baik itu datangnya dari diri ana sendiri...ana memohon beribu kemaafan sekiranya terdapat sedikit kecacatan didalam penulisan ana diatas..semoga kalian semua sentiasa didalam redhanya dan rahmatnya..insyaallah..aminn..





















BY ; hadie firdausi / jejak anbiya...

2 ulasan

  1. ~PakKaramu~ // 21 Januari 2010 pada 6:34 PG  

    Teruskan cita-cita anda

  2. Hadi Hamid // 22 Januari 2010 pada 4:08 PTG  

    syukran pakkaramu..jazakallahu khair kerana sudi ziarah dan baca artikel ana..semoga sentiasa dalam rahmat allah s.w.t..amin...

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.