REHLAH ILMU..ASHABUL KAHFI...

Dicatat oleh Hadi Hamid | 9:02 PTG | 0 ulasan »


Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh..salam rindu dan kasih, dan selamat sejahtera buat sahabat-sahabat,teman-teman seperjuangan dan pengunjung jejak anbiya yang dirahmati dan sentiasa berada didalam redha allah s.w.t..=)

alhamdulillah segala puji bagi allah s.w.t kerana masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus hidup diatas muka buminya yang serba indah ini,dan masih memberikan kita nikmat dan islam serta masih memberi peluang kepada ana untuk terus berkongsi maklumat dari segi sudut ilmu,kisah-kisah menarik,dan pengalaman ana semasa berada dibumi syam yang penuh barakah ini..subhanallah,..alhamdulillah,..allahuakbar...

Syukur alhamdulillah..selesai sudah imtihan nihaie bagi semester pertama sesi 09/10,maka bermulalah cuti semester ana..kepada sahabat-sahabat yang ada membuat perancangan untuk bercuti ke dalam negara jordan atau diluar jordan,ana doakan semoga percutian atau rehlah kalian diberkati dan diredhai allah s.w.t..insyaallah...amin ya rabb..=) ..hmm..tak adillah macam ni kalau sahabat-sahabat semua pergi bercuti..hehe..ana pun ingin bercuti jugak..hehe..sempena cuti semester selama sebulan ni,ana nak jadi pemandu pelancong tanpa lesen untuk membawa sahabat-sahabat,teman-teman,serta pengunjung jejak anbiya yang berada di malaysia dan yang tidak pernah sampai kebumi syam yang penuh barakah ini =) ...untuk rehlah kali pertama ini ana ingin membawa sahabat-sahabat,teman-teman,serta pengunjung jejak anbiya yang berada dimalaysia untuk melawat tempat yang penuh bersejarah dibumi jordan ini,dan kisahnya sendiri telah tertulis didalam kalam allah s.w.t iaitu ashabul kahfi..ana tau sahabat-sahabat yang berada di jordan sudah berkali-kali berkunjung kesana,ana sendiri pun sudah dua kali kesana..hehe..ana tak kira,ana nak bawak jugak sahabat-sahabat,teman-teman,dan pengunjung jejak anbiya yang berada di malaysia..insyaallah..biiznillah..

alhamdulillah..sampai pun kita kat pintu gerbang ashabul kahfi..sebelum kita masuk kedalam ana ingin ceritakan dulu serba sedikit tentang mukaddimah ashabul kahfi..ashabul kahfi yang membawa maksud didalam bahasa melayu ialah sahabat gua..untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian,masjid yang tertera didalam foto dibelakang pintu gerbang tersebut merupakan masjid ashabul kahfi yang dibina oleh kerajaan jordan untuk kemudahan awam...didalam al-quran sendiri ada menceritakan,bahawa kisah ashabul kahfi ini yang mana kesannya terdapat di sebuah tempat yang bernama SAHAB di AMMAN Jordan..jom kita masuk kedalam =)















Alhamdulillah,sampai pun kita didepan pintu gua ashabul kahfi..sahabat-sahabat sekalian,allah s.w.t telah menceritakan akan kisah ashabul kahfi pada ayat 9-26 di dalam surah AL-KAHFI iaitu surah yang ke 18..kisah-kisah tersebut menyatakan mereka(sahabat gua merupakan 7 orang pemuda yang beriman bersama seekor anjng) yang sedang melarikan diri mereka dari maharaja Rome yang zalim dan sombong pada ketika itu..lalu mereka menyembunyikan diri mereka kedalam gua semata-mata untuk menyelamatkan iman mereka dari ditangkap dan diseksa oleh daqyanus ..yang menariknya,dengan takdir kuasa dan kebesaran allah s.w.t,allah s.w.t telah menidurkan mereka didalam gua tersebut selama 309 tahun..allahuakbar..hebat sunggu kuasamu ya rabb.. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu..Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi isa)...

Sahabat-sahabat yang dirahmati allah s.w.t sekalian,antara kesan-kesan yang masih boleh dilihat untuk membuktikan kesahihan berita mengenai Ashabul Kahfi di jordan ini ialah sebuah kesan bangunan
Masjid dan mihrab lama di atas gua Kahfi,untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian objek yang terdapat dibelakang 5 pemuda didalam foto sebelah kanan tersebut merupakan kesan masjid dan mihrab lama yang terdapat diatas gua kahfi tersebut..ana menyatakan sedemikian kerana terdapat segelintir masyarakat arab yang menetap di tanah syam yang menetap di negara-negara syam seperti syiria,iran,palestin dan sebagainya..mereka menyatakan bahawa kesan ashabul kahfi terdapat di negara mereka..hakikatnya allah s.w.t yang tahu..mengikut pakar kaji sejarah,hasil kajian yang mereka buat bahawa kesan ashabul kahfi terdapat di Amman Jordan...wallahu alam...selain itu juga,terdapat didalam gua tersebut cebisan tulang anjing dan beberapa buah kubur...gambar kecil disebelah kanan menunjukkan terdapat objek kubur bersebelahan dua orang krew jejak anbiya..=) ...dalam pada itu,disebelah tepi terdapat lubang terus keatas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya..Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-ALkahfi,firman allah s.w.t yang berbunyi "DAN ENGKAU AKAN MELIHAT MATAHARI KETIKA TERBIT ,CONDONG DARI GUA MEREKA KE SEBELAH KANAN ,DAN APABILA MATAHARI ITU TERBENAM ,MENJAUHI MEREKA KESEBELAH KIRI SEDANG MEREKA BERADA DALAM TEMPAT YANG LUAS DI DALAM (GUA) ITU..ITULAH SEBAHAGIAN DARI TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH S.W.T..BARANGSIAPA DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH S.W.T MAKA DIALAH YANG MENDAPAT PETUNJUK..DAN BARANGSIAPA YANG DISESATKANNYA..MAKA ENGKAU TIDAK AKAN MENDAPATKAN SEORANG PENOLONG YANG DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADANYA.."..SODAQAALLAHUL AZIM..untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian gambar dibawah menunjukkan sinaran cahaya matahari yang menembusi laluan lorong tersebut...















Selain itu juga,untuk pengetahuan sahabat-sahabt sekalian,gua ini juga dikenali sebagai kahfi AR-RAQIM..maklumat tersebut telah dinyatakan pada ayat 9 didalam surah AL-KAHFI yang berbunyi"APAKAH ENGKAU MENGIRA BAHAWA ORANG MENDIAMI GUA DAN YANG MEMPUNYAI ( AR-RAQIM) ITU, TERMASUK TANDA-TANDA( KEBESARAN ) KAMI YANG MENAKJUBKAN??" ..Sebahagian mufassir ayat-ayat al-quran megatakan,yang dimaksudkan AR-RAQIM ialah nama anjing pemuda-pemuda tersebut..dan sebahagian mufassir yang lain menyatakan bahawa AR-RAQIM ialah batu bersurat...hakikatnya allah s.w.t sahaja yang mengetahui maksud tersirat ayat tersebut...

Alhamdulillah selesai sudah rehlah ilmu kita di gua kahfi ini..tekak pun dah kering,rasa nak minum air masak dan makan buah fuji apple je rasa..hehe..susah nak jumpa fuji apple kat jordan ni,kat malaysia je banyak..sebelum ana mengundurkan diri,ana ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak untuk sahabat-sahabat yang sudi mengikuti rehlah ilmu bersama jejak anbiya..segala kekurangan atau kecacatan yang terdapat pada coretan ana diatas,ana memohon memohon beribu kemaafan kepada semua pengunjung jejak anbiya..tegurlah ana jika ana mempunyai salah dan silap..ana sedar ilmu yang ana ada tidak setinggi ilmu sahabat-sahabat sekalian..apa yang baik itu datangnya dari allah s.w.t..dan apa yang tak baik itu datangnya dari diri ana yang serba kekurangan ini..semoga kalian semua mendapat manfaat hasil rehlah ilmu jejak anbiya ini =) banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Jordan ini akan kita terokai,insyaallah pada rehlah yang akan datang..insyaallah biiznillah..amin...salam kasih dan sayang buat sahabat-sahabat,teman-teman yang berada di Jordan dan Malaysia,serta pengunjung jejak anbiya sekalian..semoga kalian sentiasa berada didalam rahmat dan redha allah s.w.t.. salam hormat untuk kalian semua..ikhlas dari jejak anbiya...


POST BY; hadie firdausi / jejak anbiya

0 ulasan

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.