Subhanallah..Alhamdlillah..Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
CARA RASULULLAH S.A.W MENGELAK DAN ,ENYEMBUH PENYAKIT..
Dicatat oleh Hadi Hamid | 2:19 PG | 0 ulasan »Assalammualaikum w.b.t
Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.
hari-hari berlalu..semakin dekat diri kita dengan kematian..
Dicatat oleh Hadi Hamid | 3:02 PTG | 0 ulasan »detik-detik kehidupanku diatas muka bumi allah s.w.t..yang serba indah ini..
masa berlalu dengan cepat...pejam celik,pejam celik,kita semua sudah memasuki tahun 2010..
hmm..tengah seronok chat dengan kawan-kawan tiba-tiba sampai berita `al fatihah buat arwah sahabat sekolah lama..selang beberapa hari kemudian,tengah seronok gelak ketawa dengan roomate sambil makan nasi lauk kari ayam,tiba-tiba mesej dari abah sampai..`hadi,pak cik fahmi isteri mak teh telah kembali kerahmatullah..ana terdiam+sedih,kaku,tak mampu untuk berkata-kata buat seketika..ya allah..betul ke apa yang telah berlaku ni??macam-macam persoalan yang timbul..seolah-olah macam tak percaya apa yang telah berlaku..orang yang kita sayang telah pergi dalam sekelip mata..ya allah terlalu hebat kuasamu ya allah..
yang berlalu,biarlah berlalu..yang pergi biarkanlah ia pergi..sudah tiba ajal mereka..yang kita mampu lakukan hanyalah sedekahkan doa kepada mereka yang telah pergi bertemu ilahi dan ditempat roh mereka bersama para anbiya dan orang-orang yang saleh..aminn..sahabat-sahabat dan teman-temanku sekalian,ajal itu tak boleh dikedepankan atau dikebelakangkan..kalau dia nak sampai kepada kita,percayalah dia akan sampai kepada kita..yang penting sekarang ni,kita perlu mantapkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada yang maha esa..agar cahaya kerahmatan kasih sayang dan keredhaannya menusuk kedalam hati kita..insyaallah biiznillah..aminn..
sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi sekalian..hari-hari yang bakal mendatang menjadikan diri kita semakin tua...menjadikan fikiran kita semakin matang..dan semakin dekatlah ajal kita..kita sebagai manusia tak penah lari dari membuat dosa..SEDARLAH..kematian itu semakin dekat dengan kita..cuma kita tak tahu bila ajal itu akan sampai akan sampai kepada kita...sentiasalah berfikiran kehadapan..kemanakah kita selepas bumi yang serba indah ini hancur dan menjadi satu dataran yang amat luas tak terkata..adakah kita ke SYURGA??atau kita ke NERAKA??..nau`zubillahhi min zalik..fikir2kanlah..
sahabat-sahabatku dan teman-temanku yang dikasihi sekalian...marilah kita sama-sama tingkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada tuhan yang maha esa..marilah kita sama-sama tingkatkan rasa cinta kita kepada tuhan yang maha esa...rasa cinta kita kepada rasul kita..dan rasa cinta kita kepada agama kita...agar sinar cinta dari allah s.w.t menusuk kedalam hati kita..agar kita semua menjadi hamba yang sentiasa berzikir kepadanya,dikala kita berjalan kekuliah,dikala kita makan bersama kawan-kawan..dikala kita bermain bola bersama kawan-kawan..hatta kita berbaring sebelum kita tidur...
subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..terlalu ringan kalimah tersebut..dan besar fadhilatnya..ya allah,terlalu baiknya dirimu ya allah..sayangnya dikau terhadap hamba-hambamu tidak pernah pudar..tetapi hamba-hambamu ini terlalu mudah untuk mengingkari perintahmu..ya allah..maafkanlah hamba-hambamu yang hina ini ya allah..kami sedar kami hanya dari setiis air yang hina...hanya satu yang kami pinta darimu..janganlah kau menjauhi dirimu dari kami..sekiranya kami lalai,kau sedarkanlah kami..agar lidah-lidah kami tidak penah putus memujimu dikala waktu pagi,petang dan malam ya allah..kau tempatkanlah kami didalam redhamu..aminn ya rabbal alamin...
sahabat-sahabat dan teman-temanku yang dikasihi..setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.ana memohon beribu kemaafan sekiranya coretan ana ini terdapat kesalahan dan kecacatan..apa yang baik itu segalanya dari allah s.w.t dan yang tak baik itu datang dari diri ana sendiri,yang terlalu banyak kekurangan...sebelum ana mengundurkan diri ana..ana ingin tujukan lagu nasyid yang mampu membuatkan diri kita ingat kepada allah s.w.t, rasul kita,dan hala tuju kita selepas hari kebangkitan nanti..lagu yang bertajuk KEPASTIAN dari kumpulan IN-TEAM..terimalah pemberian dariku ini khas untuk kalian semua..
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan
Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan
Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya
Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah
post by; hadie firdausi/jejak anbiya..